Saturday, September 22, 2012

Superbike

السلام عليكم

Tiba-tiba datang minat pada superbike. Macam mengidam sangat. Time nak berkahwin la tiba-tiba macam-macam nak beli. Sebulan lepas mengidam nak beli DSLR camera. الحمد لله, Allah makbulkan juga permintaan tu. Ada kawan teknik nak jual camera dia, baru pakai 5 bln. Sekarang ni teringin nak beli superbike pulak.

Minggu ni puas survey superbike around JB. Kebanyakannya banyak tak layan cikgu ni... Mungkin sebab pakaian macam budak muda remaja je kan, macam student.. Ada jugak kedai yang ok. Masa ushar tu minat 1 model megelli (UK brand) and harga pun affordable. Cuma brand ni baru sesangat dalam arena superbike ni, tak tahu la camne dia punya maintenance. Ni la modelnya:

Megelli 250RR. Credit to nazamotor.
Puas dah tengok review kat internet especially kat youtube. Yang best tu dia compare lak dengan model Ninja 250.


Sebenarnya, budget untuk superbike taklah setinggi riders kat Malaysia ni. Nak pakai untuk ke tempat kerja & berjalan kat bandar untuk elak traffic. Masa tengah sibuk ushar Megelli, ada pulak rumours Ninja 250 2013 akan masuk M'sia.

Ninja 250 2013
Selepas berbincang dengan Cik Tunang, next year baru boleh beli either Megelli or Ninja. Nak beli / berhutang ni kena ambil kira komitmen. Lagi-lagi nak kahwin ni. إن شاء الله, tahun depan ada rezeki beli satu yang mampu. 

Thursday, June 7, 2012

Tuition

Nak tengok ke gaya cikgu tusyen?

cikgu
Teaching the concept of electromagnetic

Tak tahu la nk komen apa lagi... huhu~

Eh, jap.. Tahun ni ada rezeki untuk mengajar tusyen fizik Form 5. Memang sangat-sangat mencabar! Preparation untuk 1 kelas boleh dikatakan hampir 2 hari. Terima kasih pada pelajar-pelajar yang sangat sporting & bekerjasama sepanjang tahun ni.

mim
Using iPad as teaching aid

Wednesday, April 25, 2012

Power Charger

Masa mula-mula ushar visor untuk swift tu, hati da berkenan kat power charger. Tengok properties written kat box power charger tu last time, balik rumah tak leh tidur lena... Mungkin sebab fuel consumption kot and performance mase tekan minyak. Ni lah hasilnya bila $650 dilaburkan.

Power charger ni lampu dia memang menyala je sentiasa

Keseluruhannya, agak memuaskan jugak. Minyak tahan lebih 1-1 1/2 hari and bila tekan minyak, memang pergi la.


Sunday, April 15, 2012

Projector

This is a new stuff I recently bought from PC fair held in PERSADA, JOHOR. Boleh la jadikan teaching aids.
BenQ projector worths RM 1400
iPad connected with projector
Masa undergraduate dulu rasa teringin sangat nak beli speaker ALTEC LANSING. Tak tahu kenapa.. Just rasa nak beli sangat-sangat. Ada lagi speakernye.. Ni ha!

The 1st speaker
Projector ni dibeli sebab nak perkukuhkan lagi Teaching and Learning in class. Mengikut kata doktor motivasi terkenal, pelajar lebih mudah faham bila belajar melalui penglihatan. Mereka belajar dengan melihat dan amali. Bila dah ada ni, memang penuh la animation dalam presentation bahan P&P lepas ni.

Monday, April 9, 2012

Bowling Bag

Baru je lepas dpt Set Archery, kali ni dapat beg bowling pulak. Dulu-dulu masa kat bowling alley selalu tengok org duk ngusung beg boling yang muat tiga bola tu.. Tapi sekarang tak payah jakun dah sebab da ada dalam tangan.
Brunswick 3 balls bowling bag worths RM320
Hammer Grind's ball with two Cyclone's balls and Dexter's shoes
Memang ada niat nak beli beg boling tapi semenjak set boling hilang kena curi last year macam dah tawar hati dah nak spend duit beribu untuk dapat complete set. Mampu sangat nak beli beg yang fit dua bola tp bila teringatkan bowling set yang hilang tu apatah lagi beg brand storm terus lupakan hajat tu. 

My 1st bowling bag bought in 2008
Bersyukur pada-Nya atas segala pemberian nikmat dan mungkin pemberian ini sebagai nikmah yang tidak diketahui.

Salam.

Sunday, March 25, 2012

Archery Set & Price

24/4/12 For the first time ever dapat 1 set memanah sebagai hadiah (hantaran) dari tunang tersayang. We went to Bandar Manjalara a week before but the shop is already closed. Hari ini pergi ke KL sebab cik tunang ajak attend her family day di Zoo Negara.

Seawal jam 4 pagi terus menerjah kekabusan pagi masuk hi-way then ni lah yg terjadi:

Amaran: Kelajuan membunuh
Syukur lah kerana tiada sebarang dugaan yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan. Seriously, bosan sangat drive sorang-sorang. Bila masok je tol Sg. Besi terus call cik tunang, dia masih berguling-guling atas katil, cis!!!

Kami terus menuju ke zoo jam 8.30 pagi & dengan kebenaran team leader cik tunang kiteorang keluar dari zoo jam 11 pagi & terus menuju ke LA Sports.

Bila sampai je, tiba-tiba terbeli lak set kat bawah ni. Tak disengajakan sebenarnya.. Sorry eh cik tunang, banyak belanja awak keluarkan tapi saya suka sangat!

Sejam jugak setting bow and serving
For those who want to buy this precious set, kindly refer to the bill as shown below..

Price on 24th March 2012
Price shown does not including arrows and stabilizers. Alhamdulillah, sekarang dah ada complete set and rasa puas hati sangat. Harap-harap dapat lah main lagi PSKPP tahun ni.

Thursday, January 5, 2012

Swift GLX 1.5

Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa kerana dengan keizinannya, dapat juga mengumpul downpayment untuk beli kereta ni.

key
Kunci swift GLX


Sebenarnya, sebelum beli swift ni macam-macam fikir kat kepala. Tak fikir pun pasal duit. Asyik compare dengan kereta lain macam Honda City, Kia Forte, Myvi Extreme & Viva and yang paling nak beli sebenarnya Ford Fiesta. Tak terfikir langsung nk beli swift, senang cakap tak ada langsung dalam list.

VVT engine with cover



New fork light design