Saturday, September 22, 2012

Superbike

السلام عليكم

Tiba-tiba datang minat pada superbike. Macam mengidam sangat. Time nak berkahwin la tiba-tiba macam-macam nak beli. Sebulan lepas mengidam nak beli DSLR camera. الحمد لله, Allah makbulkan juga permintaan tu. Ada kawan teknik nak jual camera dia, baru pakai 5 bln. Sekarang ni teringin nak beli superbike pulak.

Minggu ni puas survey superbike around JB. Kebanyakannya banyak tak layan cikgu ni... Mungkin sebab pakaian macam budak muda remaja je kan, macam student.. Ada jugak kedai yang ok. Masa ushar tu minat 1 model megelli (UK brand) and harga pun affordable. Cuma brand ni baru sesangat dalam arena superbike ni, tak tahu la camne dia punya maintenance. Ni la modelnya:

Megelli 250RR. Credit to nazamotor.
Puas dah tengok review kat internet especially kat youtube. Yang best tu dia compare lak dengan model Ninja 250.


Sebenarnya, budget untuk superbike taklah setinggi riders kat Malaysia ni. Nak pakai untuk ke tempat kerja & berjalan kat bandar untuk elak traffic. Masa tengah sibuk ushar Megelli, ada pulak rumours Ninja 250 2013 akan masuk M'sia.

Ninja 250 2013
Selepas berbincang dengan Cik Tunang, next year baru boleh beli either Megelli or Ninja. Nak beli / berhutang ni kena ambil kira komitmen. Lagi-lagi nak kahwin ni. إن شاء الله, tahun depan ada rezeki beli satu yang mampu.